Apa itu FOB , CIF dan CNF dalam proses pengimportan


        Jika anda ingin mengimport barang dari luar negara seperti China atau mana-mana negara. Dimana Pembekal atau kilang dari negara berkenaan akan memberikan harga produk berdasarkan harga FOB atau CIF. Apa maksud FOB dan CIF ini dan bagaimana proses yang melibatkan term ini.

Di dalam artikel ini saya akan terangkan proses berkaitan term FOB dan CIF ini.

  FOB = Free On Board

FOB ini bermaksud harga yang diberikan hanyalah harga produk + transport to port di negara berkenaan sahaja. seperti contoh anda menimport barang dari china , kilang memberi harga rmb5000  FOB Guangzhou bermaksud harga produk itu rmb5000  dan dihantar sehingga port  sahaja.

Jika dinegara China 100 yuan FOB guangzhou , atau FOB Shanghai , FOB ningbo mengikut port yang berdekatan dengan pembekal. Jika di yiwu maka pembekal akan menghantar ke port yiwu. Ini juga bermaksud, pembekal bertanggunjaawab untuk menghantar barang ini sehingga ke port sahaja dan tidak bertanggungjawab pada barang selepas penghantaran di buat.

Segala kos penghantaran , dokumentasi , fee , insuran dan lain - lain akan di uruskan oleh pembeli. Jika di China saya @ agen shipping boleh menguruskan penghantaran dari port di china sehingga ke port klang dimalaysia. dengan ada charge bagi loose kargo atau FCL ( Full container load )

  CIF = Cost , Insurance and Freight 

CIF ini bermaksud kos barangan + penghantaran ke port malaysia, yang mana pembekal akan mengunakkan term seperti CIF port klang CIF Penang dan sebagainya. Seperti contoh kontena dari port chittagong bangladesh ke port klang malaysia total cost usd 500 bagi 20 feet . ini bermaksud, pembekal bertanggunjawab untuk menghantar barang ini sehingga ke port dimalaysia sahaja. Bagi kos clearence , custom dan transport adalah dibawah tangungjawab pembeli.

Banyak syarikat logistic and forwarding yang boleh membantu untuk membuat clearence , custom dan container despatch advice ( CDA ) ke warehouse pembeli dengan syarat pembeli mesti melantik syarikat tersebut dahulu sebelum syarikat tersebut boleh dibenarkan untuk menyelesaikan proses bagi pengeluaran kontena. total harga bagi setiap jenis kontena berbeza seperti 20 feet dan 40 feet, cukai akan dikenakan mengikut jenis barang yang diimport dan ada code yang digunakkan. bagi container despatch pula harganya mengikut jarak jauh mana kontena tersebut hendak di hantar.

Sekiranya anda ada pertanyaan ini, sila hubungi saya Nizam 019-3332423.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CHINA 2010-GUANGZHOU